Wahed Technologies Sdn. Bhd. Clone Firm Scams Notice

Awasi Penipuan Firma Klon!


Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa firma klon mengaku sebagai atau menggunakan nama seperti mewakili Wahed Invest mempromosikan skim-skim pelaburan dengan pulangan tinggi yang luar biasa dengan risiko yang rendah. Firma-firma ini telah memasarkan produk mereka melalui laman web palsu dan platform media sosial dalam talian seperti Telegram & WhatsApp.

Ingin kami mengingatkan bahawa Wahed Technologies Sdn. Bhd. tidak mempunyai sebarang kaitan dengan firma-firma tidak berlesen ini dan tidak melantik mana-mana individu atau entiti dalam menjalankan perniagaan kami. Wahed tidak akan memasarkan atau meminta pelabur melabur di dalam produk Wahed melalui rangkaian media sosial, Telegram atau WhatsApp. Para pelabur hanya boleh mengakses atau membuat deposit atau melakukan pengeluaran dari akaun Wahed mereka melalui aplikasi mudah alih rasmi Wahed yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store. Untuk melindungi anda, kami ingin memupuk kesedaran yang lebih tinggi tentang modus operandi penipuan ini. Rujuk info di bawah untuk melindungi diri anda:

Apakah penipuan firma klon?  

Penipuan firma klon secara amnya ialah firma penipuan yang  menyamar sebagai entiti yang sah atau berlesen, termasuklah menyalahgunakan nama dan logo syarikat, bukti kelayakan korporat, laman web dan butiran lain agar kelihatan seperti pengantara pasaran modal yang berlesen atau berdaftar dengan SC, bagi tujuan menipu pelabur dan mendapatkan dana.

1. Bagaimana Mereka Beroperasi?

i) Menyamar sebagai wakil firma berlesen/berdaftar dengan SC dengan menggunakan seakan-akan nama firma dan jenamanya.

ii) Mempromosi skim pelaburan palsu dengan pulangan tinggi yang luar biasa dan berisiko rendah.

iii) Produk yang dipasarkan melalui Facebook, Telegram dan Whatsapp.

iv) Meminta bayaran pendahuluan dibuat ke dalam akaun bank individu atau entiti berlesen tidak berkaitan yang mereka dakwa menjadi wakil kepadanya.

vi) Tidak menggunakan pembekal perkhidmatan pembayaran yang sah seperti Billplz, Curlec.

2. Bagaimana Melindungi Diri Anda?

i) Hubungi, semak dan sahkan secara terus dengan firma yang berlesen/berdaftar dengan SC.

ii) Pastikan bayaran dibuat kepada akaun bank rasmi firma berlesen.

iii) Rujuk kepada laman web SC untuk menyemak firma berlesen/berdaftar dan senarai amaran di https://www.sc.com.my/regulation/enforcement/investor-alerts/sc-investor-alerts/investor-alert-list

3. Untuk maklumat lanjut dan melapor mana-mana penipuan:

i) Hubungi +603 6204 8999

ii) Emel aduan@seccom.com.my

iii) Layari www.investsmartsc.my

Anda juga boleh merujuk senarai syarikat penipuan firma yang menyamar sebagai Wahed seperti dibawah.

Leret ke kanan untuk mengenal pasti atau gunakan search bar dan gunakan kata kunci untuk mengenal pasti scammer. 

Untuk maklumat lebih lanjut , sila hubungi kami melalui emel malaysiasupport@wahedinvest.com atau DM Wahed Malaysia di FB, IG or Twitter. Anda juga boleh menghubungi SC di www.sc.com.my. Terima kasih kepada semua yang membuat aduan/memaklumkan kes-kes seperti ini kepada kami, kami sangat menghargainya.

Start your journey to wealth

Our halal investments are structured in accordance with the strictest Islamic principles