Jangan bayar lebih semata-mata nak simpan emas.
Kalau anda beli emas sebagai pelaburan, matlamatnya untung. Tapi antara harga anda beli dan harga anda boleh jual, ada jurang. Jurang itu dipanggil spread, dan ia wujud sebelum emas anda naik satu sen pun.
Dalam klip ni: apa itu spread dan kenapa ia penting, kos lain yang datang bersama emas fizikal, dan kenapa memegang emas secara fizikal bukan syarat untuk memiliki emas.
Wahed Malaysia dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Maklumat lanjut di pautan di bawah.
Penafian: Kandungan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan maklumat sahaja dan bukan merupakan nasihat pelaburan atau kewangan. Nilai pelaburan boleh naik dan turun, dan prestasi lepas bukan penunjuk prestasi masa depan. Wahed Technologies Sdn Bhd dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Sila rujuk profesional bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.
