Wahed
Dow Jones
Islamic World ETF

Our halal investments are structured in accordance with Islamic principles

Pendedahan kepada ekuiti antarabangsa merangkumi pasaran maju dan baru
muncul (bukan A.S.)

Our halal investments are structured in accordance with Islamic principles
Tersenarai di NASDAQ, kebolehcapaian global

Islamik ETF pertama yang tersenarai di Bursa A.S yang juga menggabungkan data "ESG" ke dalam keputusan pelaburan secara rasmi.

Kos dana yang rendah

Kami percaya pada pelaburan yang efisien dengan kos rendah.

Indeks yang diiktiraf antarabangsa

Dana ini menjejaki prestasi Indeks Dow Jones Islamic Market International Titans 100.

Gambaran Keseluruhan

Our halal investments are structured in accordance with Islamic principles
Penanda Dana Bloomberg
UMMA
Tarikh Disenaraikan
Januari 7, 2022
Total Expense Ratio
0.50%
Domisil
USA
Penanda Indeks
Dow Jones Islamic Market International Titans 100 Index
Rujuk maksud di bawah*
Kekerapan Imbangan Semula
Setiap Suku Tahunan
Pemegang Amanah
U.S. Bank National Association
Mata Wang Dagangan
USD
Kelas Aset
Ekuiti
Kekerapan Pengagihan
Tahunan
Penasihat Pelaburan
Wahed Invest LLC
Pentadbir
U.S. Bancorp Fund Services, LLC

*Indeks Dow Jones Islamic Market Titans 100 telah direka bentuk untuk digunakan sebagai asas produk-produk pelaburan patuh Syariah yang memenuhi keperluan pelabur Islam di peringkat global. Indeks-indeks yang dimaksudkan merangkumi indeks pasaran luas, saham blue chip, strategi dan indeks tematik yang telah melepasi saringan peraturan untuk mematuhi prinsip Syariah. Saringan Syariah dijalankan oleh Ratings Intelligence Partners dalam perundingan dengan Lembaga Penyeliaan Syariah Indeks S&P Dow Jones. Siri ini telah diiktiraf sepenuhnya sebagai patuh Syariah melalui isu Fatwa (pandangan perundangan Islam).

Indeks Dow Jones Islamic Market Titans 100 dibina dengan menggabungkan konstituen tiga sub-indeks serantau daripada keluarga Indeks Pasaran Islamic Dow Jones yang memenuhi kriteria ini. Indeks Dow Jones Islamic Market Titans 100 telah diiktiraf sepenuhnya sebagai patuh Syariah melalui terbitan Fatwa (pandangan perundangan Islam) oleh Lembaga Penyeliaan Syariah Indeks S&P Dow Jones.

Informasi Dana

Data setakat 06-21-2023
Nilai asset bersih (NAB)
$21.94
NAB hari perniagaan sebelumnya
$22.07
Premium/ Diskaun
0.56%
Harga pasaran ditutup
$22.06
"30- Day Median Bid-Ask Spread"
0.49

Maklumat diskaun premium

Data setakat 30 September 2025
Wahed Logo

Sebelum melabur, anda perlu mempertimbangkan dengan teliti objektif pelaburan, risiko, caj dan perbelanjaan Dana. Maklumat ini dan maklumat lain terdapat dalam prospektus dan ringkasan prospektus. Salinan cetakan boleh didapati dengan menekan di sini. Sila baca prospektus dengan teliti sebelum melabur.

Semua pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan wang yang anda laburkan. Dana mungkin dilaburkan secara premium atau diskaun bergantung kepada NAB. Dana ini mempunyai risiko sama seperti sekuriti asas yang didagangkan di pasaran sepanjang hari. Penebusan adalah terhad dan kebiasaannya komisen akan dikenakan pada setiap dagangan. Saham Wahed Dow Jones Islamic World ETF boleh dibeli dan dijual di bursa melalui akaun broker. Komisen broker dan perbelanjaan ETF akan mengurangkan pulangan pelaburan. Tidak ada jaminan bahawa pasaran dagangan aktif untuk saham ETF akan dibangunkan atau dikekalkan. Risiko berkaitan dengan dana ini telah diperincikan di dalam seksyen prospektus"Pricipal Investment Risk" dan boleh dipengaruhi oleh faktor lain seperti risiko pasaran ekuiti, risiko ETF, risiko Pasaran Kapitalist, risiko pasaran, risiko dana dana baharu, risiko tidak pelbagai, risiko pelaburan pasif, risiko sektor, risiko penjejakan, risiko Pelaburan Patuh Syariah, risiko kegagalan penjejakan dan/atau risiko indeks asas.

Menggunakan kriteria “ESG” dalam proses pelaburan mungkin mengecualikan sekuriti penerbit tertentu atas sebab bukan pelaburan dan oleh itu Dana mungkin terlepas beberapa peluang pasaran yang tersedia untuk dana yang tidak menggunakan ESG atau kriteria kemampanan. Pasaran baru muncul dan Frontier tertakluk kepada turun naik pasaran yang lebih besar, kurang kecairan, jumlah dagangan yang lebih rendah, ketidakstabilan politik dan ekonomi, ketidakpastian mengenai kewujudan pasaran dagangan dan lebih banyak had kerajaan ke atas pelaburan asing daripada pasaran yang lebih maju. Pelaburan Patuh Syariah dan prinsip Islam menyekat keupayaan Dana untuk melabur dalam sektor pasaran tertentu, seperti syarikat kewangan dan sekuriti pendapatan tetap konvensional, dan mengurangkan saiz keseluruhan dunia di mana Dana boleh dillabur. Strategi untuk mengurangkan “investable universe “, yang boleh dilabur mungkin mengehadkan peluang pelaburan dan menjejaskan prestasi Dana. Oleh kerana prinsip Islam menghalang penggunaan instrumen pembayaran faedah, rizab tunai Dana tidak memperoleh pendapatan.

Kepelbagaian tidak menjamin Keuntungan atau melindungi kerugian di dalam pasaran yang merosot.

Pegangan tertakluk kepada perubahan dan bukan cadangan beli/jual.

Wahed Dow Jones Islamic World ETF ini diedarkan oleh  Quasar Distributors, LLC.