Wahed Invest Deposit Transaction Fee Waiver Promotion

Terma dan Syarat

Wahed Technologies Sdn Bhd (“Wahed”) Promosi Pengecualian Caj Transaksi Deposit (“Promosi”) Terma dan Syarat:

Tertakluk kepada Terma dan Syarat ini, sebagai pelanggan, anda akan menerima pengecualian caj transaksi bagi akaun Wahed sepanjang 6 bulan setelah tamat tempoh Promosi. Promosi ini terbuka HANYA kepada pengguna platform Wahed sedia ada.

1. Promosi ini tidak terbuka kepada kakitangan Wahed.
2. Tempoh Promosi ini adalah dari 00:01 (Waktu Malaysia) 1hb September, 2022 hingga 23:59 (Waktu Malaysia) 30hb November, 2022.
3. Promosi ini layak dituntut berdasarkan syarat berikut:      

    a. Akaun pelaburan Wahed yang aktif dengan pelaburan minimum RM100 yang telah didanakan

4. Setiap pelanggan akan layak menerima pengecualian caj transaksi selama enam (6) bulan selepas tempoh Promosi tamat dengan syarat:

    i. Membuat deposit terkumpul dengan minimum RM1,500 ke dalam akaun Wahed sedia ada mereka sepanjang tempoh Promosi.mengekalkan dana dalam akaun Wahed mereka tanpa membuat sebarang pengeluaran sepanjang tempoh Promosi.

5. Jenis transaksi yang layak untuk pengecualian caj transaksi:  

    a. Deposit sekali sahaja (Deposit “One Time” melalui aplikasi kami)  

    b. Deposit berkala (mingguan/bulanan)  

    c. E-mandate bagi deposit berkala

6. Ganjaran tidak boleh dipindah milik.
7. Wahed berhak melakukan audit atas semua tawaran yang dibuat untuk memastikan terma dan syarat Promosi ini akan dipatuhi, dan anda mungkin akan diminta untuk maklumat lanjut mengenai sebarang tuntutan dan dokumen sampingan.
8. Keputusan Wahed dalam segala aspek berkenaan Promosi ini adalah muktamad.
9. Wahed berhak meminda and membatalkan terma Promosi ini dengan serta-merta tanpa sebarang notis:

     a. Jika keadaan adalah diluar kawalan Wahed, termasuk masalah teknikal, yang mengelakkan daripada Promosi ini dijalankan seperti yang dijangkakan;

     b. Sekiranya maklumat palsu diberikan oleh Pelanggan;
c. Sekiranya Pelanggan yang sama membuat tuntutan dengan Akaun Wahed yang berbeza;

d. Jika terdapat perubahan undang-undang yang mengelakkan daripada Promosi ini diteruskan seperti yang dijangkakan;

e. Jika tawaran ini disalahgunakan atau atas sebab-sebab tertentu. Notis akan diberikan oleh Wahed bersama terma dan syarat baru disini.
10. Anda bersetuju bahawa Wahed dan semua pegawai, direktor, kakitangan, wakil dan agen tidak ada sebarang liability and tidak akan bertanggungjawab terhadap anda untuk sebarang kecederaan, kerugian atau kos atau kerosakan akibat secara langsung dan tidak langsung daripada penyertaan anda dalam Promosi ini.
11. Kami tidak mempunyai sebarang liabiliti kepada anda akibat daripada pelanggaran terma atas sebab dan keadaan yang diluar kawalan termasuk dan tanpa had, mogok, sebarang pertikaian perindustrian; masalah sistem atau akses kepada network; atau banjir, kebakaran, letupan atau kemalangan. Wahed tidak bertanggungjawab bagi sebarang masalah teknikal, hardware, software, server, laman web atau sebarang kegagalan atau kerosakan yang mengelakkan peserta daripada mengambil bahagian dalam Promosi ini.
12. Promosi ini dan sebarang tuntutan berkaitan dengan Promosi ini (termasuk pertikaian bukan kontrak dan tuntutan) akan: (a) ditadbir oleh undang-undang Malaysia; dan (b) tertakluk kepada bidang kuasa non-eksklusif mahkamah Malaysia.
13. Promosi ini adalah Wahed Technologies Sdn Bhd. B-5-8 Plaza Mont Kiara, Mont Kiara, 50480, Kuala Lumpur, Malaysia.
14. Semua terma dan syarat Perjanjian Pelaburan Kontrak utama anda dengan Wahed masih akan berkuatkuasa semasa Promosi ini, dan sekiranya berlaku pertikaian antara Promosi ini dan Perjanjian Pelaburan anda, kausa Perjanjian Pelaburan Kontrak utama akan dikuatkuasakan.
15. Semua pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kerugian wang pelaburan. Prestasi masa lalu tidak menjamin prestasi masa hadapan. Para pelabur dinasihati untuk membaca dan memahami isi kandungan iklan ini atau perjanjian yang berkenaan, termasuk Perjanjian Pelaburan yang boleh didapati di www.wahedinvest.com, membandingkan dan mempertimbangkan bayaran, caj dan kos yang dikenakan sebelum membuat pelaburan. Anda dinasihatkan untuk menyelidik dan membuat keputusan pelaburan anda sendiri. Anda hendaklah mendapatkan nasihat sekuriti profesional yang layak, menyiasat dan memahami sepenuhnya sebarang dan semua risiko sebelum melabur. Kuasa dan kebenaran yang diberikan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (”SC”) tidak menunjukkan atau memberi pandangan bahawa SC mengesyorkan atau menyokong produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Iklan ini belum disemak oleh SC. Sila layari www.wahedinvest.com untuk terma dan syarat yang sepenuhnya.

Mulakan perjalanan anda menuju kekayaan

Pelaburan halal kami dibentuk mengikut prinsip-prinsip Islam yang paling ketat.