Wahed Malaysia Facebook Contest Terms & Conditions Februari 2023

Terma & Syarat

Wahed Technologies Sdn Bhd (“Wahed”) Pertandingan Wahed Trivia (“pertandingan”) Terma dan Syarat:

  1. Pertandingan ini tidak terbuka kepada pekerja Wahed.
  2. Pertandingan ini hanya terbuka kepada pelanggan Wahed sedia ada. Tempoh Pertandingan ini adalah dari 00:01 (Waktu Malaysia) 8 Februari, 2023 hingga 23:59 (Waktu Malaysia) 28 Februari, 2023.
  3. Pertandingan ini hanya terbuka kepada pelanggan Wahed yang:
    a. Follow Wahed Malaysia di Facebook
    b. Share post yang berkenaan & pastikan ianya dikongsi secara PUBLIC
    c. Menyertakan screenshot berdasarkan soalan pada post Facebook
    d. Tag sekurang-kurangnya 5 orang kenalan mereka bersama hashtag #WahedTrivia di ruangan komen.
    e. Mesti mempunyai akaun pelaburan aktif dengan Wahed
  4. Pelanggan yang layak akan menerima bonus (“Bonus Ekstra”) berikut:
    a. RM10 Bonus Ekstra bagi setiap penyertaan yang menerima like atau komen yang tertinggi.

    Pelanggan akan menerima bonus RM10 Bonus Ekstra apabila mereka menyertai pertandingan ini dengan mengikuti langkah: 3(a)- 3 (e) semasa tempoh pertandingan ini. Pelanggan yang layak akan menerima bonus dalam tempoh 30 hari bekerja selepas tamat tempoh pertandingan. Promosi ini terhad kepada 10 penyertaan yang menerima like atau komen yang tertinggi di ruangan komen, memenuhi terma di Facebook Wahed Malaysia dan ianya terhad kepada (1) bonus RM10 bagi setiap pelanggan sepanjang tempoh pertandingan.
  5. Ganjaran tidak boleh dipindah milik.

  6. Wahed berhak melakukan audit atas semua tawaran yang dibuat untuk memastikan terma dan syarat Promosi ini akan dipatuhi, dan anda mungkin akan diminta untuk maklumat lanjut mengenai sebarang tuntutan dan dokumen sampingan.
  7. Keputusan Wahed dalam segala aspek berkenaan pertandingan ini adalah muktamad.
  8. Wahed berhak meminda and membatalkan terma Pertandingan ini dengan serta-merta tanpa sebarang notis:
    a. Jika keadaan adalah diluar kawalan Wahed, termasuk masalah teknikal, yang mengelakkan daripada pertandingan ini dijalankan seperti yang dijangkakan;
    b. Sekiranya maklumat palsu diberikan oleh Pelanggan;
    c. Sekiranya Pelanggan yang sama membuat tuntutan dengan Akaun Wahed yang berbeza;
    d. Jika terdapat perubahan undang-undang yang mengelakkan daripada Pertandingan diteruskan seperti yang dijangkakan;
    e. Jika tawaran ini disalahgunakan atau atas sebab-sebab tertentu. Notis akan diberikan oleh Wahed bersama terma dan syarat baru disini.
  9. Anda bersetuju bahawa Wahed dan semua pegawai, direktor, kakitangan, wakil dan agen tidak ada sebarang liability and tidak akan bertanggungjawab terhadap anda untuk sebarang kecederaan, kerugian atau kos atau kerosakan akibat secara langsung dan tidak langsung daripada penyertaan anda dalam Pertandingan ini.
  10. Kami tidak mempunyai sebarang liabiliti kepada anda akibat daripada pelanggaran terma atas sebab dan keadaan yang diluar kawalan termasuk dan tanpa had, mogok, sebarang pertikaian perindustrian; masalah sistem atau akses kepada network; atau banjir, kebakaran, letupan atau kemalangan. Wahed tidak bertanggungjawab bagi sebarang masalah teknikal, hardware, software, server, laman web atau sebarang kegagalan atau kerosakan yang mengelakkan peserta daripada mengambil bahagian dalam Pertandingan ini.
  11. Pertandingan ini dan sebarang tuntutan berkaitan dengan Pertandingan ini (termasuk pertikaian bukan kontrak dan tuntutan) akan:
    (a) ditadbir oleh undang-undang Malaysia; dan
    (b) tertakluk kepada bidang kuasa non-eksklusif mahkamah Malaysia.
  12. Penganjur pertandingan ini adalah Wahed Technologies Sdn Bhd. B-5-8 Plaza Mont Kiara, Mont Kiara, 50480, Kuala Lumpur, Malaysia.
  13. Semua terma dan syarat Perjanjian Pelaburan Kontrak utama anda dengan Wahed masih akan berkuatkuasa semasa Pertandingani ini, dan sekiranya berlaku pertikaian antara Pertandingan ini dan Perjanjian Pelaburan anda, kausa Perjanjian Pelaburan Kontrak utama akan dikuatkuasakan.
  14. Semua pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kerugian wang pelaburan. Prestasi masa lalu tidak menjamin prestasi masa hadapan. Para pelabur dinasihati untuk membaca dan memahami isi kandungan iklan ini atau perjanjian yang berkenaan, termasuk Perjanjian Pelaburan yang boleh didapati di www.wahed.com, membandingkan dan mempertimbangkan bayaran, caj dan kos yang dikenakan sebelum membuat pelaburan. Anda dinasihatkan untuk menyelidik dan membuat keputusan pelaburan anda sendiri. Anda hendaklah mendapatkan nasihat sekuriti profesional yang layak, menyiasat dan memahami sepenuhnya sebarang dan semua risiko sebelum melabur. Kuasa dan kebenaran yang diberikan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (”SC”) tidak menunjukkan atau memberi pandangan bahawa SC mengesyorkan atau menyokong produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Iklan ini belum disemak oleh SC. Sila layari www.wahed.com untuk terma dan syarat yang sepenuhnya.

Mulakan perjalanan anda menuju kekayaan

Pelaburan halal kami dibentuk mengikut prinsip-prinsip Islam yang paling ketat.