Terma & Syarat Jom Tanya Wahed Sesi FB Live Mac

Terma dan Syarat Promosi Jom Tanya Wahed Sesi Live FB (“Promosi”) Wahed Technologies Sdn Bhd (“Wahed”): 

1. Promosi ini tidak terbuka kepada kakitangan Wahed. 

2. Promosi ini hanya terbuka kepada pelanggan Wahed sedia ada. Tempoh Promosi ini adalah dari 00:01 (Waktu Malaysia) 13hb Mac, 2023 hingga 23:59 (Waktu Malaysia) 31hb Mac, 2023. 

3. Pelanggan Wahed perlu menonton sesi langsung Jom Tanya Wahed (“Sesi”) oleh Wahed di Facebook @wahedmalaysia sepanjang tempoh Promosi. 

4. Promosi ini layak dituntut berdasarkan syarat berikut:

(a) Akaun pelaburan Wahed yang aktif dengan pelaburan minimum RM100 yang telah didanakan.

5. Pelanggan yang layak akan menerima bonus (“Bonus Ekstra”) berikut:

(a) RM 10 Bonus Ekstra bagi setiap penyertaan berserta jawapan yang betul.

Pelanggan akan menerima bonus RM 10 Bonus Ekstra apabila mereka mengemukakan jawapan yang betul di pautan yang diberi semasa Sesi dalam tempoh 30 hari bekerja selepas hari penyertaan. Promosi ini terhad kepada 30 penyertaan pertama bagi setiap Sesi dan terhad kepada satu bonus RM 10 bagi setiap pelanggan sepanjang tempoh kempen.

6. Ganjaran tidak boleh dipindah milik.


7. Wahed berhak melakukan audit semua tawaran yang dibuat bagi memastikan terma dan syarat Promosi telah dipatuhi dan untuk meminta maklumat lanjut mengenai sebarang tuntutan dan dokumen sampingan.

8. Keputusan Wahed dalam segala aspek berkenaan Promosi ini adalah muktamad. 

9. Wahed berhak meminda and membatalkan terma Promosi ini dengan serta-merta tanpa notis: 

(a) Jika keadaan adalah diluar kawalan Wahed, termasuk masalah teknikal, yang mengelakkan daripada Promosi ini dijalankan seperti yang dijangkakan;

(b) Sekiranya maklumat palsu diberikan oleh Pelanggan;

(c) Sekiranya Pelanggan yang sama membuat tuntutan dengan Akaun Wahed yang berbeza; 

(d) Jika terdapat perubahan undang-undang yang mengelakkan daripada Promosi ini diteruskan seperti yang dijangkakan; 

(e) Jika tawaran ini disalahgunakan atau atas sebab-sebab tertentu. Notis akan diberikan oleh Wahed bersama terma dan syarat baru disini. 

10. Anda bersetuju bahawa Wahed dan semua pegawai, direktor, kakitangan, wakil dan agen tidak ada sebarang liability and tidak akan bertanggungjawab terhadap anda untuk sebarang kecederaan, kerugian atau kos atau kerosakan akibat secara langsung dan tidak langsung daripada penyertaan anda dalam Promosi ini. 

11. Kami tidak mempunyai sebarang liabiliti kepada anda akibat daripada pelanggaran terma atas sebab dan keadaan yang diluar kawalan termasuk dan tanpa had, mogok, sebarang pertikaian perindustrian; masalah sistem atau akses kepada network; atau banjir, kebakaran, letupan atau kemalangan. Wahed tidak bertanggungjawab bagi sebarang masalah teknikal, hardware, software, server, laman web atau sebarang kegagalan atau kerosakan yang mengelakkan peserta daripada mengambil bahagian dalam Promosi ini. 

12. Promosi ini dan sebarang tuntutan berkaitan dengan Promosi ini (termasuk pertikaian bukan kontrak dan tuntutan) akan: (a) ditadbir oleh undang-undang Malaysia; dan (b) tertakluk kepada bidang kuasa non-eksklusif mahkamah Malaysia. 

13. Penganjur promosi ini adalah Wahed Technologies Sdn Bhd. B-5-8 Plaza Mont Kiara, Mont Kiara, 50480, Kuala Lumpur, Malaysia. 

14. Semua syarat perjanjian pelaburan kontrak permulaan anda dengan Wahed akan berkuat kuasa semasa Promosi ini, dan sekiranya berlaku pertikaian antara Promosi ini dan perjanjian pelaburan anda, perjanjian pelaburan akan menggantikannya. 

15. Semua pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kerugian wang pelaburan. Prestasi masa lalu tidak menjamin prestasi masa hadapan. Para pelabur dinasihati untuk membaca dan memahami isi kandungan iklan ini atau perjanjian yang berkenaan, termasuk Perjanjian Pelaburan yang boleh didapati di www.wahed.com, membandingkan dan mempertimbangkan bayaran, caj dan kos yang dikenakan sebelum membuat pelaburan. Anda dinasihatkan untuk menyelidik dan membuat keputusan pelaburan anda sendiri. Anda hendaklah mendapatkan nasihat sekuriti profesional yang layak, menyiasat dan memahami sepenuhnya sebarang dan semua risiko sebelum melabur. Kuasa dan kebenaran yang diberikan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (”SC”) tidak menunjukkan atau memberi pandangan bahawa SC mengesyorkan atau menyokong produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Iklan ini belum disemak oleh SC. Sila layari www.wahed.com untuk terma dan syarat yang sepenuhnya.

Mulakan perjalanan anda menuju kekayaan

Pelaburan halal kami dibentuk mengikut prinsip-prinsip Islam yang paling ketat.