Mengapa Anda Perlu Melabur Dalam Syarikat - syarikat Pemula dan Kenapa Ianya Penting bagi Umat Islam

Published on
May 13, 2024

Dunia yang kita kenali telah mengalami perubahan  pada abad ke-20.

Di tengah-tengahnya adalah kemajuan teknologi yang telah melahirkan beberapa syarikat terbesar pada hari ini. Kita semua mengenali nama-nama seperti Google, Microsoft dan Facebook yang telah merevolusikan dunia dan dalam masa yang sama, telah menjadi beberapa syarikat yang paling berharga di dunia.

Pada satu ketika, kesemua syarikat ini juga adalah syarikat - syarikat pemula, berjuang untuk membuktikan diri mereka dan berusaha untuk mendapatkan dana yang diperlukan untuk mendorong mereka ke tahap berikutnya. Tidak lama lagi, syarikat-syarikat ini akan digantikan pula dengan syarikat - syarikat pemula generasi akan datang yang akan dapat menyelesaikan masalah - masalah terbesar dunia hari ini.

Syarikat - syarikat pemula adalah suatu cara untuk melakukan perubahan dalam masyarakat dan berpotensi untuk menghasilkan kekayaan baru dalam proses yang sama.

Namun, tidak semua orang memiliki kemampuan untuk menjadi usahawan - usahawan seperti Elon Musk, Jeff Bezos atau Mark Zuckerberg. Bagi mereka yang tidak berkemampuan, pilihan seterusnya yang terbaik buat mereka adalah untuk melabur di dalam pengasas-pengasas ini dan memberikan mereka dana yang diperlukan untuk berjaya.

Artikel ini akan membuktikan mengapa portfolio pelaburan anda harus memiliki ruang untuk melabur dalam syarikat - syarikat pemula dan kenapa ianya mempunyai kepentingan yang lebih bagi umat Islam.

Pertama, apakah itu syarikat pemula?

Apakah perbezaan di antara syarikat pemula dan perniagaan kecil yang lain, seperti kedai runcit berdekatan anda?

Ya, syarikat pemula adalah suatu perniagaan yang baru dicipta, inovatif dan bertujuan untuk berkembang dengan pantas. Berbeza dengan perniagaan - perniagaan kecil, syarikat - syarikat pemula lazimnya bergantung kepada teknologi, memiliki visi global, dan fokus pada kebolehskalaan .

Mereka ingin menguasai pasaran dengan produk atau perkhidmatan yang inovatif. Kebanyakannya menyasarkan  untuk menghasilkan  jutaan jika tidak berbilion dalam pendapatan dengan membina pangkalan pelanggan yang besar.

Potensi pertumbuhan yang besar ini dan gangguan pasaran adalah sebab mengapa  pelaburan di dalam syarikat - syarikat pemula memiliki risiko yang lebih tinggi tetapi juga mempunyai lebih banyak kelebihan. Mencari dan membiayai unicorn seterusnya (iaitu syarikat pemula yang memiliki penilaian lebih daripada RM1 bilion) yang meraih kejayaan besar adalah impian setiap pelabur.

Jadi, apakah yang hebat sangat sebenarnya?

Syarikat - syarikat pemula menambah nilai yang luar biasa kepada masyarakat. Berikut adalah beberapa pencapaiaan yang boleh dicapai dengan menyokong syarikat - syarikat pemula:

  • Menjadi Yang Terawal Melabur Untuk Peluang Pertumbuhan
    Berbeza dengan syarikat yang sudah membangun, syarikat - syarikat pemula menawarkan potensi untuk peluang pertumbuhan yang lebih besar. Apabila anda melabur awal, anda berpeluang untuk menyertai pada  peringkat awal sebelum penilaian meningkat.

    Mari kita lihat contoh untuk menggambarkan pandangan ini dengan melihat perkembangan syarikat  Google. Pada tahun 1999, mereka dinilai pada USD$75 juta.

    Pada tahun 2004, mereka menjadi syarikat awam (berdaftar di pasaran saham) dengan penilaian kira-kira USD$23 billion.Hari ini pada tahun 2023, mereka bernilai ~USD$1.7 trillion.Ini jelas membuktikan bahawa: Menjadi antara mereka yang paling awal melabur memberikan anda potensi untuk sepenuhnya meraih keuntungan daripada pertumbuhan yang teratas.
Mula melabur dari awal untuk potensi keuntungan
  • Menyokong Inovasi dan Kemajuan

Melabur dalam syarikat - syarikat pemula membolehkan anda menyokong inovasi dan kemajuan teknologi. Syarikat - syarikat pemula sering berada di barisan hadapan untuk membangunkan  produk- produk, perkhidmatan, dan cara-cara baru untuk melakukan sesuatu.

Dengan memberikan mereka modal, anda memperkasakan usahawan inovatif ini untuk merealisasikan idea mereka. Ini membawa kepada kemajuan - kemajuan yang dapat memperbaiki kehidupan orang ramai.

  • Mempelbagaikan Pelaburan Anda

Kepelbagaian adalah ketika anda menyebarkan pelaburan anda di berbagai kelas aset dan sektor untuk mengelakkan bahaya yang tertumpu.

Sebagai contoh, jika kesemua pelaburan anda adalah dalam hartanah dan pasaran hartanah mengalami kejatuhan, keseluruhan portfolio anda akan menghadapi masalah. Lebih selamat untuk anda mempelbagaikan wang anda di sektor - sektor yang berbeza.

Syarikat - syarikat pemula beroperasi dalam industri yang pelbagai dan tertumpu kepada idea-idea yang inovatif. Disebabkan itu, syarikat - syarikat pemula memiliki profil risiko-pulangan yang berbeza daripada aset - aset lain seperti saham, hartanah, dan komoditi (seperti emas atau perak) yang memberikan kepelbagaian yang berharga.

Menambah pelaburan dalam syarikat pemula memberi anda pendedahan kepada pelaburan berisiko tinggi dengan pulangan yang tinggi berpotensi meningkatkan pulangan keseluruhan kepada pelaburan anda. Tentu saja, pelaburan dalam syarikat pemula berisiko kerana banyak diantara mereka yang gagal. Demikian juga adalah sebab mengapa pelaburan dalam syarikat pemula harus dilakukan sebagai sebahagian dari portfolio yang pelbagai.

  • Menyokong Komuniti Anda

Seterusnya, melabur dalam syarikat pemula tempatan menyokong ekosistem keusahawanan komuniti anda. Ini mencipta peluang pekerjaan, memacu inovasi, dan membawa kepada pertumbuhan ekonomi di bandar atau wilayah anda. Dengan membiayai syarikat pemula tempatan, anda menyumbang kepada kejayaan komuniti anda dan berpotensi mendapat pulangan dalam proses tersebut.

Bahagian seterusnya akan mengembangkan lagi sebab bagaimana perkara ini penting terutamanya kepada umat Islam.

Kenapa ini penting bagi umat Islam

Umat Islam di seluruh dunia tidak sekuat yang sepatutnya. Melabur dalam syarikat pemula yang dimiliki oleh orang Islam adalah salah satu solusi untuk masalah ini.

Bagaimana menyokong syarikat pemula kepunyaan orang Islam generasi akan datang membuatkan ummah lebih kuat?

  1. Ini meningkatkan pengaruh kita - sebagaimana Microsoft, Apple, dan Amazon memiliki pengaruh yang luar biasa dalam masyarakat moden. Memiliki lebih banyak perniagaan yang berjaya dan pengasas Muslim, secara langsung akan memperluaskan pengaruh umat Islam dalam masyarakat.
  1. Membantu ekonomi sirkular orang Muslim - dengan melabur dalam syarikat pemula yang menyelesaikan masalah yang membantu Muslim, dalam masa yang sama juga memperkasakan usahawan Muslim, ini akan secara langsung mengalir ke seluruh komuniti.
  1. Membantu melawan riba (faedah) - untuk melawan riba, kita perlu menyokong dan meninggikan syarikat pemula Muslim yang tidak memilih sistem riba yang mendominasi ekonomi hari ini. Ini juga akan mempamerkan kepada seluruh dunia bahawa anda masih boleh berkembang dari segi kewangan tanpa bergantung pada riba.

Apakah risiko yang perlu disedari?

Ya, walaupun potensi keuntungan adalah sangat besar, pelaburan dalam syarikat pemula juga datang dengan risiko besar yang perlu disedari:

  1. Risiko tinggi - syarikat pemula adalah pelaburan berisiko tinggi di mana kebanyakkan daripada mereka akan gagal kerana tekanan persaingan dan kesukaran untuk penskalaan. Pelabur mesti menyedari bahawa mereka boleh kehilangan semua wang mereka ketika melabur dalam syarikat pemula.

Dengan pelaburan dalam syarikat pemula, anda mahu mempelbagaikan pelaburan anda merentasi beberapa syarikat pemula dan bertujuan untuk mencari beberapa yang menghasilkan pulangan yang luar biasa untuk menutup sebarang kerugian dan menghasilkan pulangan yang sihat.

  1. Ketidakcairan - Berbeza dengan saham awam, ekuiti dalam syarikat pemula swasta boleh sukar dijual sehingga terdapatnya acara ketidakcairan tunai seperti pengambilalihan atau IPO (penyenaraian di pasaran saham). Oleh itu, pelaburan dalam syarikat pemula memerlukan komitmen jangka masa panjang dan anda tidak sepatutnya melabur wang yang kemungkinan anda perlukan dalam jangka masa pendek.

Jadi, bagaimana saya nak mulakan?

Melabur dalam syarikat pemula secara sendiri boleh menjadi rumit. Tidak semua orang mempunyai kelengkapan untuk melakukan ketelitian wajar yang diperlukan untuk memastikan wang anda pergi ke tempat yang tepat di mana ia memiliki peluang terbaik untuk dikembalikan kepada anda.

Cabaran lain bagi umat Islam secara khusus adalah memastikan bahawa segala sesuatu yang anda laburkan adalah patuh syariah. Kami telah membahas ini secara lebih terperinci dalam artikel ini.

Berita baiknya adalah terdapat platform yang wujud untuk menyelesaikan cabaran khusus ini.

Sertai Wahed Ventures, yang menyediakan akses kepada pelaburan yang dipilih susun dalam syarikat pemula awal yang etikal.

Wahed Ventures memudahkan orang Islam melabur dalam syarikat permula dengan melakukan pemeriksaan Syariah dan pelaburan untuk pelabur Islam. Dengan bekerja gigih dengan para ulama kami, dan melaksanakan dasar etika yang kukuh, Wahed Ventures memberi peluang kepada syarikat pemula yang telah disemak halal kepada komuniti secara telus dan patuh.

Jika anda ingin melabur dalam perkara yang berpotensi menjadi perniagaan berjaya untuk generasi akan datang, dengan jaminan bahawa semuanya dilakukan selaras dengan nilai-nilai anda, mulakan pelaburan anda di Wahed Ventures hari ini dan mari kita sama-sama melabur dalam masa depan kita bersama. Anda boleh memulakan di sini.

Risk Warning: Equity investments are not readily realisable and involve risks, including loss of capital, illiquidity, lack of dividends and dilution, and it should be done only as part of a diversified portfolio. Investments of this type are only for investors who understand these risks. You will only be able to invest in the company once you have met our conditions for becoming a registered member.

Please visit www.wahed.com/uk/ventures/risk for our full risk warning.

Risk Warning: As with any investment, a Wahed Invest Ltd investment puts your money at risk, as the value of your investment can go down as well as up. The tax treatment of your investment will depend on your individual circumstances and may change in the future. If you are unsure about whether investing is right for you, please seek expert financial advice.

Please visit www.wahed.com for our full terms and conditions

Maydan Capital Limited, trading as WahedX, is registered in England and Wales (Company No. 13451691), registered office: 87-89 Baker Street, London, W1U 6RJ, UK. Maydan Capital Ltd (FRN: 963613) is an appointed representative of Wahed Invest Ltd (FRN: 833225), an authorised and regulated firm by the Financial Conduct Authority.Wahed Invest Ltd. is registered in England and Wales (Company No. 10829012), registered office: 87-89 Baker Street, London, W1U 6RJ, UK and is authorised and regulated by the Financial Conduct Authority: FRN 833225.

Subscribe For More Islamic Finance Content

Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.


As with any investment, a Wahed Invest Ltd investment puts your money at risk, as the value of your investment can go down as well as up. The tax treatment of your investment will depend on your individual circumstances and may change in the future. If you are unsure about whether investing is right for you, please seek expert financial advice.

Wahed Invest LLC (Wahed) is a US Securities and Exchange Commission (SEC) registered investment advisor. Wahed Invest provides brokerage services to its clients through its brokerage partner Apex Clearing Corporation, a member of NYSE - FINRA - SIPC and regulated by the SEC and the Commodity Futures Trading Commission. Registration does not imply a certain level of skill or training. Wahed does not intend to offer or solicit anyone to buy or sell securities in jurisdictions where Wahed is not registered or a region where an investment practice like this would be contrary to the laws or regulations. Any returns generated in the past do not guarantee future returns. All securities involve some risk and may result in loss. Any performance displayed in the advertisements or graphics on this site are for illustrative performances only.

Disclaimer: Wahed Technologies Sdn Bhd ("Wahed") is a Digital Investment Manager (DIM) licensee issued by Securities Commission Malaysia (eCMSL/ A0359/2019). It is part of Wahed Inc. Wahed is authorized to conduct a fund management business that incorporates innovative technologies into automated portfolio management services offered to clients under a license issued pursuant to Schedule 2 of the Capital Markets Services Act 2007. All investments involve risks, including the possibility of losing the money you invest, and the track record does not guarantee future performance. The history of returns, expected returns, and probability projections is provided for informational and illustrative purposes, and may not reflect actual future performance. Wahed is not responsible for liability for your trading and investment decisions. It should not be assumed that the methods, techniques, or indicators presented in this product will be profitable, or will not result in losses. The previous results of any trading system published by Wahed, through the Website or otherwise, do not indicate future returns by that system, and do not indicate future returns that will be realized by you.

Wahed Invest Limited is regulated by ADGM’s Financial Services Regulatory Authority (“FSRA”) as an Islamic Financial Business with Financial Services Permission for Shari’a Compliant Regulated Activities of Managing Assets and Arranging Custody [Financial Permission No. 220065]. Our ADGM Registered No. is 000004971. Wahed Invest Limited utilises Abu Dhabi Commercial Bank as its banking partner/custodian

Wahed assumes no obligation to provide notifications of changes in any factors that could affect the information provided. This information should not be relied upon by the reader as research or investment advice regarding any issuer or security in particular. Any strategies discussed are strictly for illustrative and educational purposes and should not be construed as a recommendation to purchase or sell, or an offer to sell or a solicitation of an offer to buy any security. Furthermore, the information presented may not take into consideration commissions, tax implications, or other transactional costs, which may significantly affect the economic consequences of a given strategy or investment decision. This information is not intended as a recommendation to invest in any particular asset class or strategy or as a promise of future performance.

There is no guarantee that any investment strategy will work under all market conditions or is suitable for all investors. Each investor should evaluate their ability to invest long term, especially during periods of downturn in the market. Investors should not substitute these materials for professional services and should seek advice from an independent advisor before acting on any information presented. Any links to third-party websites are provided strictly as a courtesy. We make no representation as to the completeness or accuracy of information provided at these websites nor do we endorse the content and information contained on those sites. When you access one of these websites, you are leaving our website and assume total responsibility and risk for your use of the third-party websites.

Share this post