Don't invest unless you're prepared to lose all the money you invest. This is a high risk investment. Take 2 mins to learn more.

Intro ke Pelaburan Pasif: Bina Kekayaan Dengan Konsisten

Published on
November 28, 2023

Penat bekerja berjam-jam demi mendapatkan wang Ringgit?

Adakah anda ingin menjana wang semasa anda tidur?

Terdapat pelbagai cara bagaimana wang anda boleh bekerja untuk anda dan bukannya anda yang bekerja untuk wang (iaitu melalui pekerjaan di mana anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja).

Memulakan Pelaburan Pasif.

Pelaburan pasif adalah cara untuk anda melabur wang dalam portfolio pelbagai aset demi mengikuti prestasi indeks pasaran seperti S&P 500 atau HLAL (untuk pelabur yang mengutamakan halal).

Ideanya adalah pelaburan pasif akan berjalan secara “autopilot” dan tanpa disedari, ia akan mengembangkan kekayaan anda tanpa sebarang usaha aktif.

Apakah Sebenarnya Pelaburan Pasif?

Pelaburan pasif adalah strategi pelaburan yang melibatkan pembelian dan pegangan portfolio pelbagai aset untuk mengikuti prestasi indeks pasaran atau kelas aset tertentu. Contohnya, Wahed membolehkan orang Islam melabur dalam portfolio yang pelbagai di mana ia dapat mengikuti prestasi aset patuh Syariah.

Strategi ini dibina atas jangkaan bahawa nilai pasaran jangka panjang cenderung untuk meningkat. Tugas anda sebagai pelabur adalah untuk terus melabur demi mendapatkan manfaat daripada ganjaran ini dan bukannya cuba untuk mengatasi pasaran melalui perdagangan yang aktif atau membuat pemilihan saham.

Pelaburan pasif adalah seperti menaiki kereta api yang perlahan-lahan mendaki bukit. Ideanya adalah anda dapat menikmati perjalanan dan melihat wang anda berkembang dari semasa ke semasa.

Prinsip Utama Pelaburan Pasif

Terdapat tiga prinsip utama pelaburan pasif yang perlu ikuti untuk meningkatkan peluang untuk berjaya apabila melabur secara pasif:

1. Kepelbagaian

Kepelbagaian adalah prinsip asas pelaburan pasif. Kepelbagaian adalah apabila anda mempelbagaikan pelaburan anda dalam pelbagai kelas aset dan sektor untuk mengelakkan risiko penumpuan berlebihan kepada satu kelas aset sahaja.

Sebagai contoh, jika semua pelaburan anda adalah tertumpu dalam hartanah dan pasaran hartanah itu merudum, keseluruhan portfolio anda akan merudum juga. Ianya lebih selamat untuk mempelbagaikan pelaburan anda ke aset yang berbeza.

Inilah sebabnya mengapa penyedia pelaburan pasif patuh syariah seperti Wahed memberikan pelanggan akses kepada saham, emas dan sukuk pasaran global dan yang sedang pesat membangun.

2. Kos Yang Minimum

Pelabur pasif biasanya memilih pilihan pelaburan kos rendah, seperti dana indeks atau dana dagangan bursa (ETF). Dana ini bertujuan untuk mengikut prestasi indeks pasaran tertentu, dan oleh kerana ia tidak diurus secara aktif, ia datang dengan yuran dan perbelanjaan pengurusan yang lebih rendah.

Memandangkan anda tidak sentiasa melabur masuk dan keluar daripada pasaran pelaburan, anda menjimatkan banyak wang untuk kos transaksi. Hal ini penting kerana setiap ringgit yang anda belanjakan untuk kos pelaburan adalah satu ringgit kurang yang anda ada untuk berkembang dari semasa ke semasa.

Dalam jangka panjang, walaupun yuran yang kelihatan kecil boleh menghakis pulangan dengan ketara disebabkan kuasa pulangan kompaun.

3. “Mindset” Jangka Panjang

Pelaburan pasif ialah strategi jangka panjang di mana para pelabur komited untuk memegang aset selama bertahun-tahun atau berdekad. Pendekatan ini sejajar dengan jangkaan bahawa, dari semasa ke semasa, pasaran cenderung untuk bergerak ke atas.

Idea utamanya adalah anda ingin terus melabur dalam pasaran dan bukannya cuba untuk menentukan masa yang terbaik untuk melabur di mana ia boleh menyebabkan anda terlepas tempoh kenaikan terbaik. Data yang menyokong fakta ini boleh dilihat seperti gambar di bawah.

Jika anda mengekalkan pelaburan RM 10,000 untuk tempoh 20 tahun, pelaburan anda akan bernilai RM 64,844, pulangan sebanyak 648%. Jika anda terlepas 10 hari terbaik (hari-hari dengan pulangan tertinggi), pulangan anda selepas 20 tahun akan menjadi RM 29,708, pulangan sebanyak 297%. Jadi, impak daripada terlepas sepuluh hari itu kira-kira RM 35,000!

Mesejnya jelas... terus melabur.

Kelebihan Pelaburan Pasif

1. Kos Yang Rendah

Kos yang efektif merupakan salah satu kelebihan utama pelaburan pasif. Disebabkan strategi ini melibatkan aktiviti jual beli dan pengurusan yang minimum, bayarannya jauh lebih rendah berbanding strategi pelaburan aktif. Ini bermakna wang anda lebih banyak digunakan untuk pelaburan berbanding dengan kos perkhidmatan.

2. Prestasi Yang Boleh Dijangka

Pelaburan pasif bertujuan mengikuti prestasi indeks atau kelas aset tertentu. Ini bermakna para pelabur secara tidak langsung boleh meramal prestasi pelaburan dari semasa ke semasa.

Banyak strategi pasif telah menunjukkan prestasi yang konsisten dan kompetitif dalam jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, salah satu penanda aras yang popular untuk saham bermodal besar Amerika Syarikat iaitu indeks S&P 500, telah membuktikan peningkatan yang stabil.

3. Ketenangan Jiwa

Pelaburan pasif merupakan strategi yang kurang stres dan tidak memakan masa yang lama berbanding dengan pelaburan aktif. Disebabkan tiada keperluan bagi pelabur untuk memantau pelaburan mereka secara berterusan, ini menjadikan pelaburan pasif sebagai pilihan yang sangat baik untuk individu yang mempunyai kehidupan yang sibuk atau yang lebih suka pendekatan lepas tangan ketika melabur.

Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan

Walaupun pelaburan pasif mempunyai banyak kelebihan, tetapi ianya bukanlah dibuat tanpa pertimbangan dan ada potensi kelemahan:

  • Risiko Pasaran: Pelabur pasif terdedah kepada turun naik harga pasaran. Jadi, para pelabur mestilah bersedia untuk kadang-kala menanggung kemelesetan pasaran atau kerugian. Perspektif jangka panjang adalah penting untuk mengharungi cabaran seperti itu.
  • Kekurangan Fleksibiliti: Pelabur pasif mempunyai kawalan yang terhad ke atas pelaburan mereka kerana mereka komited untuk mengikut indeks tertentu. Oleh itu, mereka tidak dapat membuat perubahan segera untuk memanfaatkan trend dan peluang yang muncul.
    Walau bagaimanapun, pelabur pasif akan berhujah bahawa inilah mengapa mereka melabur secara pasif. Ideanya adalah untuk memilih dan tetap berada dalam strategi jangka panjang berbanding cuba mensasarkan perkara lain yang lebih besar.
  • Mengehadkan Pertumbuhan Anda Sebagai Pelabur: Apabila anda terlibat secara aktif dalam penyelidikan syarikat, menilai kewangan dan menganalisa pasaran, kemudian memutuskan untuk jual beli saham sendiri, anda membina pengetahuan kritikal tentang pelaburan.
    Walau bagaimanapun, rasional di sebalik pelaburan pasif selalunya sama ada 1) Anda menyedari bahawa anda tidak mempunyai masa atau minat untuk belajar cara menyelidik dan menganalisa stok secara mendalam atau 2) Mengakui bahawa membina kemahiran memilih saham yang dipercayai mengalahkan pasaran adalah sangat sukar, walaupun bagi profesional.

Bagaimana Umat Islam Boleh Melabur Secara Pasif?

Ini mungkin kedengaran yang hebat, bukan? Namun, bagaimana anda boleh memastikan bahawa ianya patuh Syariah?

Perkara yang anda perlu lakukan ialah memastikan anda melabur dalam kelas aset yang hanya patuh syariah dan mengelakkan adanya unsur haram seperti riba.

Untuk pelaburan pasif, kepelbagaian adalah sangat penting bagi memastikan anda melabur dalam dana patuh Syariah yang pelbagai, iaitu dana yang hanya melabur dalam sekumpulan syarikat dan aset patuh Syariah. Ini bagi mengelakkan anda melabur dalam perniagaan yang melibatkan aktiviti seperti perjudian, hiburan dewasa, tembakau dan lain-lain yang jelas tidak dibenarkan dalam Islam.

Jadi, Bagaimana Anda Boleh Bermula?

Di sinilah peranan kami.

Wahed membolehkan orang Islam melabur wang anda dengan cara yang pelbagai, serta kos yang rendah dan paling penting patuh syariah. Kami melakukan ini dengan melaburkan wang anda ke dalam pelaburan berbeza yang dipadankan dengan tahap risiko yang anda inginkan dan selebihnya, kami yang akan mengendalikannya.

Semua pelaburan ditandatangani oleh lembaga Syariah kami bagi memastikan semua pulangan yang dibuat adalah halal. Bukan setakat itu, kami juga memastikan pelaburan anda dilaburkan dengan cara yang benar-benar meningkatkan kewangan anda dan membantu anda mencapai apa  yang anda inginkan dalam hidup.

Wahed telah membantu 300,000 umat Islam di seluruh dunia mengembangkan kewangan mereka dengan cara yang selaras dengan kepercayaan dan nilai mereka. Lihat prestasi portfolio kami dan pulangan yang telah kami hasilkan untuk pelanggan kami di sini.

Untuk memulakan pelaburan halal dan menjadikan wang anda berkerja untuk anda, daftar di sini.

Seperti mana-mana pelaburan, pelaburan Wahed meletakkan wang anda pada risiko, kerana nilai pelaburan anda boleh turun dan juga naik. Cukai terhadap pelaburan anda akan bergantung pada keadaan anda dan mungkin berubah pada masa hadapan. Sekiranya anda tidak pasti sama ada pelaburan adalah sesuai untuk anda, sila dapatkan nasihat pakar kewangan.

Risk Warning: Equity investments are not readily realisable and involve risks, including loss of capital, illiquidity, lack of dividends and dilution, and it should be done only as part of a diversified portfolio. Investments of this type are only for investors who understand these risks. You will only be able to invest in the company once you have met our conditions for becoming a registered member.

Please visit www.wahed.com/uk/ventures/risk for our full risk warning.

Risk Warning: As with any investment, a Wahed Invest Ltd investment puts your money at risk, as the value of your investment can go down as well as up. The tax treatment of your investment will depend on your individual circumstances and may change in the future. If you are unsure about whether investing is right for you, please seek expert financial advice.

Please visit www.wahed.com for our full terms and conditions

Maydan Capital Limited, trading as WahedX, is registered in England and Wales (Company No. 13451691), registered office: 87-89 Baker Street, London, W1U 6RJ, UK. Maydan Capital Ltd (FRN: 963613) is an appointed representative of Wahed Invest Ltd (FRN: 833225), an authorised and regulated firm by the Financial Conduct Authority.Wahed Invest Ltd. is registered in England and Wales (Company No. 10829012), registered office: 87-89 Baker Street, London, W1U 6RJ, UK and is authorised and regulated by the Financial Conduct Authority: FRN 833225.


As with any investment, a Wahed Invest Ltd investment puts your money at risk, as the value of your investment can go down as well as up. The tax treatment of your investment will depend on your individual circumstances and may change in the future. If you are unsure about whether investing is right for you, please seek expert financial advice.

Wahed Invest LLC (Wahed) is a US Securities and Exchange Commission (SEC) registered investment advisor. Wahed Invest provides brokerage services to its clients through its brokerage partner Apex Clearing Corporation, a member of NYSE - FINRA - SIPC and regulated by the SEC and the Commodity Futures Trading Commission. Registration does not imply a certain level of skill or training. Wahed does not intend to offer or solicit anyone to buy or sell securities in jurisdictions where Wahed is not registered or a region where an investment practice like this would be contrary to the laws or regulations. Any returns generated in the past do not guarantee future returns. All securities involve some risk and may result in loss. Any performance displayed in the advertisements or graphics on this site are for illustrative performances only.

Disclaimer: Wahed Technologies Sdn Bhd ("Wahed") is a Digital Investment Manager (DIM) licensee issued by Securities Commission Malaysia (eCMSL/ A0359/2019). It is part of Wahed Inc. Wahed is authorized to conduct a fund management business that incorporates innovative technologies into automated portfolio management services offered to clients under a license issued pursuant to Schedule 2 of the Capital Markets Services Act 2007. All investments involve risks, including the possibility of losing the money you invest, and the track record does not guarantee future performance. The history of returns, expected returns, and probability projections is provided for informational and illustrative purposes, and may not reflect actual future performance. Wahed is not responsible for liability for your trading and investment decisions. It should not be assumed that the methods, techniques, or indicators presented in this product will be profitable, or will not result in losses. The previous results of any trading system published by Wahed, through the Website or otherwise, do not indicate future returns by that system, and do not indicate future returns that will be realized by you.

Wahed Invest Limited is regulated by ADGM’s Financial Services Regulatory Authority (“FSRA”) as an Islamic Financial Business with Financial Services Permission for Shari’a Compliant Regulated Activities of Managing Assets and Arranging Custody [Financial Permission No. 220065]. Our ADGM Registered No. is 000004971. Wahed Invest Limited utilises Abu Dhabi Commercial Bank as its banking partner/custodian

Wahed assumes no obligation to provide notifications of changes in any factors that could affect the information provided. This information should not be relied upon by the reader as research or investment advice regarding any issuer or security in particular. Any strategies discussed are strictly for illustrative and educational purposes and should not be construed as a recommendation to purchase or sell, or an offer to sell or a solicitation of an offer to buy any security. Furthermore, the information presented may not take into consideration commissions, tax implications, or other transactional costs, which may significantly affect the economic consequences of a given strategy or investment decision. This information is not intended as a recommendation to invest in any particular asset class or strategy or as a promise of future performance.

There is no guarantee that any investment strategy will work under all market conditions or is suitable for all investors. Each investor should evaluate their ability to invest long term, especially during periods of downturn in the market. Investors should not substitute these materials for professional services and should seek advice from an independent advisor before acting on any information presented. Any links to third-party websites are provided strictly as a courtesy. We make no representation as to the completeness or accuracy of information provided at these websites nor do we endorse the content and information contained on those sites. When you access one of these websites, you are leaving our website and assume total responsibility and risk for your use of the third-party websites.

Share this post